fb fb fb fb fb

Iran antara negara catat kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia

(GAMBAR FAIL)

TEHRAN,18 Mei - Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia.

Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei berkata Kementerian Kesihatan Iran telah menyediakan perlindungan vaksinasi kepada 95 peratus penduduk negara itu selama bertahun-tahun.

Tema program vaksinasi ialah ‘tiada kanak-kanak harus mati akibat penyakit yang boleh dicegah’.

(GAMBAR FAIL)

"Sejak beberapa minggu lalu kira-kira 235,000 rakyat asing berusia antara sembilan dan 30 tahun yang tinggal di Iran sudah menerima suntikan vaksin campak," katanya.

Iran turut memaklumkan bahawa ia kini telah memberi vaksin COVID-19 sepenuhnya kepada lebih 44 juta orang, lebih separuh daripada populasinya sebanyak 85 juta.

Negara itu paling teruk dilanda pandemik COVID-19 di Timur Tengah.

Media Baharu