(FOTO REUTERS)
SEOUL, 18 Mei - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un tidak berpuas hati dengan tindak balas negaranya terhadap wabak COVID-19.
Beliau seterusnya mendakwa pegawai kerajaan tidak mencukupi ketika kes demam yang tidak diketahui puncanya melanda negara itu.
Ketika ini, Korea Utara melaporkan 232,880 lagi orang mengalami simptom demam.
Enam lagi kematian dilaporkan selepas mencatat pertama kes COVID-19, minggu lalu.
Korea Utara bagaimanapun tidak mendedahkan data individu yang telah diuji positif COVID-19.
(Foto pada 27 April 2020 memperlihatkan orang memakai melitup muka berjalan di tengah-tengah
kebimbangan mengenai penyakit COVID-19 di hadapan Stesen Pyongyang, Korea Utara/REUTERS)
Menurut Agensi Berita Pusat Korea, KCNA, Jong Un berkata ketidakmatangan kapasiti negara untuk menangani krisis meningkatkan kesukaran dan kerumitan dalam melawan pandemik itu.
Korea Utara melaporkan 1.72 juta pesakit mengalami simptom demam termasuk 62 kematian sejak petang semalam.