SEOUL, 3 Januari- Ketua pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung daripada Parti Demokrat dilapor telah stabil, namun masih ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) susulan ditikam di leher oleh seorang lelaki di Busan, semalam.
Jurucakapnya, Kwon Chil-seung berkata, Lee, 59, kini dalam pemantauan rapi doktor di sebuah hospital di sini selepas menjalani pembedahan selama dua jam.
"Lee dikejarkan ke hospital di sini sebaik diterbangkan dari sebuah hospital dekat Busan. Lee sedar selepas pembedahan dan kini dimasukkan ke ICU serta semakin pulih.
"Kerosakan pada urat jugular dalaman (pembuluh darah) telah disahkan," ujarnya.
Sementara itu, penyerang berusia 60-an telah ditangkap di tempat kejadian.
Dia menyerang Lee menggunakan pisau sepanjang 18 meter yang dibeli dalam talian dan berpura-pura sebagai penyokong ketika mendekati ahli politik itu.
Lapor agensi berita Yonhap, penyerang didakwa mengaku kepada polis bahawa niatnya adalah untuk membunuh Lee. -AFP
ARTIKEL BERKAITAN
Ketua pembangkang Korea Selatan ditikam di leher