fb fb fb fb fb

Ketua pembangkang Korea Selatan ditikam di leher

Ketua parti pembangkang Korea Selatan Lee Jae-myung rebah selepas diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali semasa lawatannya ke Busan, Korea Selatan/FOTO REUTERS

SEOUL, 2 Januari - Pemimpin Parti Demokratik Korea Selatan, Lee Jae-myung diserang ketika bercakap dengan pemberita di pelabuhan Busan, lapor agensi berita Yonhap.

Yonhap melaporkan, Lee sedang berjalan menuju ke sekumpulan wartawan selepas melawat tapak lapangan terbang baru di bandar itu.

Tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali menolak lalu menikam beliau di leher.

Insiden itu sempat dirakam di saluran televisyen Korea Selatan.

Lee ditikam dengan pisau sehingga rebah dan orang ramai bergegas membantunya. Kelihatan seorang lelaki cuba menekan leher Lee menggunakan sapu tangan.

Penyerang tersebut telah ditangkap oleh pegawai polis.

Lee adalah pencabar utama Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol dalam pilihan raya presiden 2022, yang mana beliau kalah kurang daripada 1 peratus. -AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN