fb fb fb fb fb

Insiden tembakan di pub, polis Toronto buru tiga suspek

Foto Toronto Star

TORONTO, 8 Mac – Polis Toronto sedang memburu tiga suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden tembakan di sebuah pub di bandar itu, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang cedera pada malam Jumaat.

Menurut kenyataan polis di platform X, enam daripada mangsa mengalami kecederaan akibat tembakan, namun tiada yang berada dalam keadaan kritikal.

Mangsa insiden itu terdiri daripada individu berusia antara 20-an hingga pertengahan 50-an.

“Polis Toronto sedang mengerahkan semua sumber yang ada bagi mengesan dan menangkap mereka yang bertanggungjawab,” menurut kenyataan tersebut.

Datuk Bandar Toronto, Olivia Chow, turut meluahkan kebimbangannya menerusi hantaran di platform X:

“Saya amat bimbang mendengar laporan mengenai insiden tembakan di sebuah pub di Scarborough,” katanya.

Beliau turut memaklumkan Ketua Polis Toronto telah memberi jaminan bahawa “semua sumber yang diperlukan telah dikerahkan” bagi menyelesaikan kes tersebut.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN