fb fb fb fb fb

Insiden letupan kereta api: Rusia gantung perkhidmatan

Jambatan di Samara rosak awal pagi Isnin/Foto Baza Telegram

MOSCOW, 4 Mac - Perkhidmatan kereta api di wilayah Samara, Rusia digantung hari ini selepas letupan di sebuah jambatan.

Memetik kenyataan sebuah syarikat kereta api, agensi berita Russia melaporkan punca kejadian itu dipercayai campur tangan oleh orang yang tidak diberi kuasa.

Bagaimanpun insiden letupan itu tidak membabitkan sebarang kecederaan.

"Trafik rel digantung buat masa ini.

"Letupan telah merosakkan tiang di jambatan kereta api di atas sungai Chapaevka," kata agensi rasmi TASS.

Rangkaian kereta api Russia telah menyaksikan beberapa insiden sabotaj selepas Moscow menghantar tentera ke Ukraine pada Februari 2022 - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN