fb fb fb fb fb

Insiden jambatan runtuh: Penunjuk perasaan desak Ketua Menteri Gujerat letak jawatan

NEW DELHI, 1 November- Berpuluh-puluh penunjuk perasaan menggesa agar Ketua Menteri Gujerat meletak jawatan susulan insiden jambatan gantung di barat India runtuh, mengorbankan sekurang-kurangnya 135 orang.

Salah seorang penunjuk perasaan berkata, Bhupendra Patel perlu bertanggungjawab atas insiden tersebut.

"Ketua Menteri Gujerat perlu bertanggungjawab atas kejadian yang mengorbankan banyak nyawa itu," katanya.

(Salah seorang penunjuk perasaan diheret oleh polis ketika protes mendesakĀ 
Ketua Menteri Gujerat letak jawatan / Foto REUTERS)

Sementara itu, Oreva, pengilang yang mengubahsuai jambatan itu baru-baru didakwa ini tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa berhubung pembukaan semula jambatan berkenaan.

Menurut Ketua Perbandaran Morbi, jambatan tersebut tidak mendapat sijil kelayakan untuk berbuat demikian.

Semalam, polis menahan sembilan individu atas pertuduhan membunuh.

Antara yang ditahan termasuk kerani tiket yang didakwa membenarkan terlalu ramai orang ke jambatan berkenaan dan kontraktor yang menyelia kerja pembaikan.-REUTERS

Media Baharu