fb fb fb fb fb

Elon Musk pecat ahli lembaga pengarah Twitter

FOTO REUTERS

HOUSTON, 1 November- Elon Musk memecat kesemua ahli lembaga pengarah Twitter pada Ahad, seminggu selepas memuktamadkan pengambilalihan membabitkan bayaran sebanyak AS$44 bilion dolar.

Tindakan itu sekali gus menjadikan CEO Tesla dan SpaceX itu sebagai pengarah tunggal gergasi media tersebut.

Ujarnya dalam satu ciapan, ia bersifat sementara dan proses seumpanya adalah perkara biasa.

Antara yang dipecat ialah Ketua Eksekutif Parag Agrawal, Ketua Pegawai Kewangan Ned Segal dan bekas pengerusi Bret Taylor.

Musk, orang terkaya di dunia turut menawarkan untuk membeli balik semua bon tertunggak Twitter.

Pengambilalihan itu telah mencetuskan perdebatan mengenai kebebasan bersuara dengan Musk sendiri sebelum ini mengkritik dasar penyederhanaan Twitter dan menuduh platform itu berat sebelah terhadap pandangan berhaluan kiri.

Beliau belum memperincikan rancangannya untuk visi Twitter, namun dijangka melonggarkan peraturan penyederhanaan serta mengurangkan kakitangan syarikat secara menyeluruh.

Beliau juga dipercayai menerima idea untuk mengenakan bayaran kepada pengguna bertanda "blue check" yang digunakan bagi mengesahkan akaun terkenal selebriti, ahli politik, pemimpin perniagaan dan wartawan.-REUTERS


(Elon Musk/AFP)

Media Baharu