fb fb fb fb fb

COVID-19: Risiko berjangkit semula dalam kalangan komuniti

FOTO REUTERS

STOCKHOLM, 1 November- Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) hari ini, menjangkakan individu yang terjejas akibat COVID-19 berdepan risiko lebih tinggi dijangkiti semula.

Menerusi laporan terbaharu, ECDC berkata gejala pasca COVID-19 dilihat lebih lazim dalam kalangan pesakit dirawat hospital berbanding yang pulih dalam komuniti.

Laporan itu turut memaklumkan, pelbagai gejala fizikal dan psikologi dilaporkan oleh individu, sekurang-kurangnya 12 minggu selepas jangkitan

Lima gejala yang dikenal pasti ialah letih, sesak nafas, kemurungan, sakit kepala dan pening.

Kajian ini menurut ECDC lagi boleh membantu penggubal dasar dan pihak berkuasa kesihatan awam menganggarkan beban keadaan pasca pandemik.

ECDC bagaimanapun menegaskan anggaran kelaziman gejala perlu ditafsirkan secara berhati-hati kerana kebanyakan kajian tidak mempunyai perbandingan dengan kumpulan tidak dijangkiti.

ECDC menegaskan, faktor tidak diketahui dari segi risiko semasa dan masa depan penduduk dalam konteks peningkatan tahap vaksinasi dan imuniti hibrid, selain mengesyorkan kajian tambahan berskala besar.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu