fb fb fb fb fb

Minyak mentah, harga merosot dipengaruhi pengukuhan dolar Amerika

(FOTO AFP)

NEW YORK, 1 November- Harga minyak mentah dunia merosot dipengaruhi oleh pengukuhan dolar Amerika.

West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Disember turun AS$1.37 dolar atau hampir 1.6 peratus untuk ditutup pada AS$86.53 dolar setong di New York Mercantile Exchange.

Minyak mentah Brent bagi penghantaran Disember menyusut 94 sen atau satu peratus untuk ditutup pada AS$94.83 dolar setong di Bursa Hadapan ICE London.

Mata wang Amerika meningkat dengan ketara berikutan peserta pasaran menjangkakan satu lagi kenaikan besar kadar Rizab Persekutuan lewat minggu ini.

Meskipun berlaku kerugian, harga minyak tetap mencatatkan keuntungan yang dirangsang oleh keputusan pemotongan pengeluaran diumumkan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya atau dikenali OPEC+.

Data Pasaran Dow Jones, WTI meningkat 8.9 peratus manakala Brent meningkat 7.8 peratus, pada Oktober.-REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu