fb fb fb fb fb

Cacar monyet masih darurat kesihatan global - WHO

(Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus/Foto fail AFP)

GENEVA, 2 November- Cacar monyet masih diklasifikasikan sebagai darurat kesihatan global.

Demikian diumumkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Para pakar yang bermesyuarat pada 20 Oktober lalu sebulat suara berpandangan, penyakit itu masih memenuhi kriteria dalam klasifikasi berkenaan.

Mereka juga berpendapat masih terlalu awal untuk mengumumkan darurat sudah berakhir.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus juga menerima dan bersetuju dengan nasihat pakar, menurut kenyataan itu.

Sejak cacar monyet mula merebak ke luar negara Afrika Barat yang telah lama menjadi endemik enam bulan lalu, ia telah membunuh 36 orang daripada lebih 77,000 kes di 109 buah negara, menurut kiraan WHO.-AFP

(Foto fail AFP)

Media Baharu