TOKYO, 28 Januari- Penunjuk utama inflasi sektor perkhidmatan Jepun mencecah 2.9 peratus pada Disember apabila harga untuk pelbagai perkhidmatan seperti penginapan dan pengangkutan menunjukkan peningkatan.
Keadaan itu dijangka akan menyebabkan bank pusat akan menaikkan kadar faedah.
Dalam pada itu Bank of Japan sedang mengawasi inflasi sektor perkhidmatan. Perkara itu untuk mendapatkan petunjuk prospek kenaikan gaji sekali gus mendorong firma untuk terus menaikkan harga.
Tindakan berkenaan akan terus mengekalkan inflasi secara mampan dan disasarkan berada pada sasaran dua peratus.
Sementara itu keuntungan indeks harga pengeluar perkhidmatan dari tahun ke tahun itu menyebabkan BOJ dijangka mengenakan kadar faedah pada tiga peratus.
BOJ menaikkan kadar faedah minggu lepas ke tahap tertinggi sejak krisis kewangan global pada 2008 dan menyemak semula ramalan inflasinya.
Perkara itu diyakini bahawa kenaikan gaji akan mengekalkan inflasi berada pada paras stabil iaitu sekitar sasaran dua peratus.
Gabenor BOJ Kazuo Ueda berkata bank pusat akan terus menaikkan kadar faedah sekiranya kenaikan gaji dan harga pasaran semakin mengukuh selain meningkatkan lagi kos pinjaman sebelum mencapai tahap neutral kepada ekonomi.- Reuters