WASHINGTON, 28 Januari- Microsoft dalam usaha perbincangan dengan TikTok berikutan aplikasi berkenaan berdepan masalah undang-undang di Amerika Syarikat (AS).
Presiden AS Donald Trump berkata, aplikasi berkenaan menghadapi tindakan undang-undang di negara itu dan mahu syarikat berkenaan keluar dari pemiliknya dari China, ByteDance.
Ketika ditanya berkenaan perbincangan Microsoft untuk mendapatkan TikTok, Trump memaklumkan bahawa; "Saya menjawab ya."
"Ketika ini terdapat banyak minat yang ditunjukkan terhadap TikTok," tambah Trump.
Trump berkata "perang bidaan" ke atas aplikasi itu menunjukkan sesuatu yang baik.
Undang-undang AS mengharamkan aplikasi TikTok berkuat kuasa 19 Januari atas kebimbangan bahawa kerajaan China akan mengeksploitasi negara itu untuk mengintip rakyatn secara rahsia atau mempengaruhi pendapat umum.
Namun Trump bertindak menangguhkan pengharaman aplikasi berkenaan selama dua setengah bulan dan cuba mencari penyelesaian dengan Beijing.
Sementara itu Angelo Zino di CFRA Research berkata, Microsoft mempunyai potensi besar sebagai pembeli dan berkemungkinan mempunyai alasan untuk melabur dalam TikTok.- AFP