fb fb fb fb fb

Indonesia sedia sekat Facebook, Google, WhatsApp jika tidak berdaftar dengan kementerian

(FOTO AFP)

JAKARTA, 19 Julai - Pihak berkuasa Indonesia bersedia untuk menyekat aplikasi media sosial dan perkhidmatan dalam talian termasuk Google, Facebook, dan WhatsApp jika pihak terbabit gagal mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Informasi negara itu sehingga esok.

Pihak kementerian juga akan melabel aplikasi-aplikasi berkenaan sebagai haram dan menyalahi undang-undang negara jika gagal berbuat demikian.

(FOTO AFP)

Ketua Pengarah Kementerian bahagian Aplikasi Maklumat, Semuel Abrijani berkata pihaknya telah memberikan amaran kepada semua syarikat teknologi terlibat sejak enam bulan lalu.

"Peraturan itu juga membolehkan pihak berkuasa mengarahkan platform yang mengeluarkan sebarang kandungan dianggap menyalahi undang-undang, tidak sesuai dan "mengganggu ketenteraman awam" untuk memadam hantaran dalam tempoh empat hingga 24 jam," katanya.

Pemerintah Indonesia cuba mengurangkan penyebaran maklumat palsu dan penipuan, terutamanya menjelang pilihan raya umum negara itu pada 2024.-AFP

Media Baharu