fb fb fb fb fb

Bot bawa rombongan pengantin karam, 20 mayat ditemui

(FOTO AFP)

PAKISTAN, 19 Julai – Sekurang-kurangnya 20 individu lemas dan 30 lagi hilang selepas sebuah bot yang sarat membawa tetamu sebuah majlis perkahwinan di wilayah Punjab, karam.

Bot itu membawa sekitar 100 anggota keluarga merentasi Sungai Indus bagi meraikan satu majlis perkahwinan dari kampung Machka dan Kharor di daerah Sadiqabad.

(FOTO AFP)

“Pihak berkuasa telah menemui 20 mayat setakat ini dan kebanyakan mereka adalah wanita. Kami tidak pasti berapa ramai penumpang yang berada di dalam bot itu. Kami mendapat anggaran hanya berdasarkan kenyataan ahli keluarga terselamat,” kata pegawai kerajaan tempatan, Aslam Tasleem.

Sebilangan besar mangsa yang lemas adalah wanita kerana tidak tahu berenang.

Penduduk pedalaman Pakistan menggunakan bot sebagai pengangkutan utama.

Pihak polis menyatakan angka korban mungkin meningkat.

Hampir 35 penyelam dari perkhidmatan menyelamat yang dikendalikan kerajaan mengambil bahagian dalam operasi mencari dan menyelamat.

Dalam satu kenyataan berasingan, Perdana Menteri Shahbaz Sharif menzahirkan rasa dukacita atas insiden itu dan meminta pihak berkuasa melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan penumpang yang masih hilang.-AFP

Media Baharu