JAKARTA, 16 Oktober- Indonesia akan mendapatkan bantuan China untuk tenaga boleh diperbaharui dan projek infrastruktur dengan Presiden negara itu Joko Widodo akan menghadiri Forum Belt and Road di Beijing.
Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Indonesia Erick Thohir dalam temu bual Reuters berkata, sebarang perkongsian dengan China akan selari dengan Just Energy Transition Partnership (JETP), perjanjian bernilai $20 bilion Indonesia dengan kumpulan negara yang diketuai AS.
Bagaimanapun perbincangan itu tidak berjalan dengan lancar. Ramai pegawai kanan Indonesia berkata, kebanyakan negara Barat enggan membiayai loji janakuasa arang batu dan pinjaman bawah JETP akan membawa kadar faedah yang tinggi.
Ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu berjanji untuk mencapai sifar pelepasan gas rumah hijau menjelang 2060.
"China telah mencapai kemajuan besar dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui dan mempunyai kuasa hidro yang besar. Jadi adalah baik untuk belajar perkara itu," kata Erick.
Indonesia bersedia untuk mengumumkan rancangan pelaburan untuk JETP bulan depan, menjelang sidang kemuncak iklim COP28 Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) tiga bulan lebih awal.
Erick enggan berkongsi butiran perbincangan JETP, namun hanya berkata; "kami tidak boleh menunggu...belum ada sebarang pembiayaan lagi."
Jakarta terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana negara yang bersedia membantu membantu negara itu mencapai matlamat iklimnya tetapi sebarang kerjasama mesti atas syarat Indonesia.
"Kami mahu ini sesuai dengan rancangan kami, pelan tindakan Indonesia, bukan pelan tindakan negara lain," kata Erick.
Jokowi akan menunjukkan landasan kereta api berkelajuan tinggi 142 kilometer yang dilancarkan baru-baru ini bernilai $7.3 bilion bernama "Whoosh". Projek itu dibiayai menerusi pinjaman dari China dalam Forum Belt and Road pada Selasa dan Rabu ini.
Dalam pertemuan dua hala dengan Presiden China Xi Jinping, Jokowi akan mengemukakan rancangan untuk memanjangkan landasan kereta api itu kira-kira 700 kilometer lebih jauh ke bandar Surabaya dan membincangkan hubungan perdagangan, kata Erick.
Pada September lepas Indonesia turut membincangkan rancangan itu dengan Perdana Menteri China Li Qiang ketika Li melawat Jakarta.- REUTERS