fb fb fb fb fb

Filipina kecam China, tindakan bahaya di Laut China Selatan

MANILA, 16 Oktober- Tentera Filipina menyeru China supaya menghentikan “tindakan kurang selamat” di Laut China Selatan, selepas sebuah kapal tentera laut China cuba memintas kapal tentera laut Filipina yang menjalankan misi bekalan semula lewat minggu lalu.

Menurut ketua angkatan tentera Romeo Brawner sebuah kapal Tentera Laut Pembebasan Rakyat China (PLA) datang hampir 320 meter ketika cuba menghalang kapal Filipina menghampiri Pulau Thitu, pos terbesar dan paling strategik Manila di Laut China Selatan.

"Tindakan yang dilakukan oleh kapal itu berisiko berlanggar tetapi dan boleh membahayakan nyawa anggota maritim daripada kedua-dua pihak," kata Brawner dalam satu kenyataan pada Ahad.

Bagaimanapun kedutaan China di Manila tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mengulas perkara itu.

Perkara itu adalah yang terbaru dalam percubaan China untuk memantau dan menyekat misi pembekalan semula Filipina kepada kakitangan di kawasan zon ekonomi eksklusif Filipina di Laut China Selatan.

China menuntut kedaulatan kepada hampir keseluruhan Laut China Selatan yang melaluinya dengan nilai lebih daripada $3 trilion setiap tahun.

Hubungan antara Manila dan Beijing memburuk sejak Presiden Filipina Ferdinand Marcos meneruskan hubungan yang lebih erat dengan Washington, termasuk meningkatkan akses Amerika Syarikat ke lebih banyak pangkalan tentera Filipina.- REUTERS

(Sebuah kapal tentera laut China dilihat sedang berlayar di Laut China Selatan/REUTERS)

 

 

 

 

Media Baharu