fb fb fb fb fb

‘Individu tertua dunia’ sambut ulang tahun ke-118

Margaret Matirz meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-118 tahun bersama dua orang anaknya Getryda Matriz, 81 dan Liza Daniels, 67 tahun/Foto REUTERS

TOUWS RIVER, 27 September - Seorang wanita meraikan ulang tahunnya yang ke-118 hari ini secara-kecil-kecilan di rumah jagaan orang tua yang terletak di Touws River, Afrika Selatan.

Ini sekali gus menjadikan dia antara individu tertua di dunia.

Margaret Maritz dilahirkan pada 27 September 1906, menunjukkan salinan kad pengenalannya kepada wartawan ketika meraikan hari jadinya kira-kira di 180 kilometer timur laut dari Cape Town.

Bagaimanapun, dokumen itu belum disahkan namun jika terbukti benar, Maritz merupakan individu lebih tua daripada warga Jepun, Tomiko Itooka, yang dilahirkan pada 23 Mei 1908.

Kumpulan Penyelidikan Gerontologi berpangkalan di AS menyenaraikan Tomiko Itooka sebagai individu tertua yang masih hidup di dunia.

Maritz meniup lilin pada hari jadinya yang berwarna merah jambu ditemani dua daripada 14 orang anaknya iaitu Getryda Matriz, 81 dan Liza Daniels, 67 tahun.

"Dia sering berkongsi tentang kehidupannya sewaktu muda, sambil berpesan bahawa kita mesti hormat ibu dan bapa. Dia tidak minum atau merokok," kata jururawat kanan rumah penjagaan itu, Gregory Elroy Adams.

"Kita patut bersyukur," ujar salah seorang anaknya, Liza Daniels.

"Saya tidak pasti jika saya akan mencapai usia itu satu hari nanti. Tapi bagi saya, ini satu keistimewaan besar memiliki seorang ibu yang mencapai usia ini," katanya. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN