BANGKOK, 16 Mac- Seorang pemilik kereta di Thailand bertindak membuka panel sisi kenderaannya demi menyelamatkan nyawa seekor anak kucing yang tersepit pada bahagian itu.
Kepala haiwan terbiar itu dilihat tersepit pada satu lubang melalui bahagian dalam kereta berkenaan.
Ia bagaimanapun akhirnya berjaya diselamatkan dengan bantuan dua orang lelaki.
FOTO REUTERS
Salah seorang daripadanya bertindak melebarkan lubang terbabit dengan memotong sekeliling komponen kereta sebelum kucing itu selamat dibebaskan.
Insiden tersebut dirakamkan di sini pada 12 Ogos lalu dan dikongsi Reuters hari ini. -REUTERS