GAZA, 16 Mac- Angka kematian akibat peperangan yang sudah berlanjutan selama lebih lima bulan di Gaza merekodkan seramai 31,553 orang.
Data terkini itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza hari ini dengan menyatakan kebanyakan korban adalah orang awam terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan warga emas.
Ia turut menyebut bahawa sekurang-kurangnya 63 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Sementara itu, kira-kira 73,546 orang cedera di Gaza sejak penjajah Israel menceroboh wilayah berkenaan pada 7 Oktober lalu. -AFP
ARTIKEL BERKAITAN
PBB: Tiada lagi bayi baru lahir bersaiz normal di Gaza
Wanita, bayi maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Israel bom khemah penduduk di Rafah, 11 maut
Israel tembak 104 rakyat Palestin tunggu bantuan berhampiran bandar Gaza