fb fb fb fb fb

Individu dipercayai ibu mayat kanak-kanak dalam beg pakaian berada di Korea Selatan

(Anggota polis New Zealand menyiasat stor penyimpanan di mana mayat
dua kanak-kanak ditemui dalam beg/REUTERS)


SEOUL, 22 Ogos- Seorang wanita dipercayai ahli keluarga kepada dua kanak-kanak yang mayat mereka ditemui dalam beg pakaian di New Zealand baru-baru ini berada di Korea Selatan, Polis Seoul mengesahkan hari ini.

Seorang pegawai polis memberitahu Reuters bahawa wanita itu, warga New Zealand kelahiran Korea, tiba di Korea Selatan pada 2018 dan sejak itu tidak mempunyai rekod berlepas.

Di mana dia berada dan sama ada dia mempunyai saudara-mara lain bersamanya ketika dia tiba di Korea Selatan tidak diketahui setakat ini.

"Polis New Zealand meminta pengesahan sama ada orang yang mungkin ada kaitan dengan kes jenayah berada di Korea Selatan," kata pegawai polis itu sambil mengatakan, berdasarkan alamat dan umur, wanita itu mungkin ibu kepada anak-anak itu.

Polis New Zealand melancarkan siasatan pembunuhan di Auckland bulan ini selepas mayat kanak-kanak itu ditemui oleh sebuah keluarga yang sedang meneliti kandungan loker simpanan yang mereka beli.

Kata polis New Zealand lagi, kanak-kanak itu berumur antara 5 dan 10 tahun sudah mati untuk sejak sekian lama, namun keluarga yang menemui mayat itu tidak mempunyai kaitan dengan kematian itu.

Pada 19 Ogos lalu, mayat dua kanak-kanak ditemui dalam dua beg yang dibeli dalam satu acara lelongan di New Zealand, kata polis tempatan.

(Polis dan penyiasat forensik berkumpul di tempat kejadian di mana beg pakaian dengan
mayat dua kanak-kanak ditemui, selepas sebuah keluarga, yang tidak berkaitan dengan kematian,
membelinya dalam lelongan dalam talian untuk loker tidak dituntut, di Auckland/REUTERS)

 

Detektif Inspektor Tofilau Faamanuia Vaaelua, berkata kedua-dua mayat itu dipercayai disimpan selama beberapa tahun, mangsa dipercayai berusia antara lima hingga 10 tahun apabila mereka mati.

"Mayat mereka disembunyikan di dalam dua beg bagasi bersaiz hampir sama," kata Vaaelua.

Polis melancarkan siasatan kes bunuh di Auckland minggu lalu selepas mayat mereka ditemui apabila sebuah keluarga membeli barangan di dalam sebuah treler yang dilelong dari sebuah tempat penyimpanan di Auckland Selatan -REUTERS


Media Baharu