fb fb fb fb fb

Banjir setinggi 10 kaki ratusan dipindahkan di Pakistan

Foto AFP

PAKISTAN, 22 Ogos- Ratusan penduduk di Fazalpur, Pakistan selatan terpaksa meninggalkan rumah kerana air banjir naik sehingga 10 kaki iaitu paras yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Manakala, lebih 100 orang terkorban di wilayah Baluchistan dan wilayah selatan Sindh.

Bahagian utara juga terjejas teruk tahun ini apabila banjir yang dicetuskan oleh hujan monsun telah mengorbankan sekurang-kurangnya 36 orang, termasuk 11 maut di kawasan bersempadan dengan Afghanistan.


(Penduduk Pakistan meredah banjir setinggi aras pinggang di Fazalpur / Foto AFP)

Pasukan penyelamat membantu penduduk kampung yang terkandas berpindah ke khemah sementara .

Sejak pertengahan Jun, banjir besar di selatan telah meyebabkan air sungai melimpah dan merosakkan lebuh raya, jambatan dan mengganggu lalu lintas.

Setiap tahun, Pakistan bergelut dengan musim tengkujuh tahunan, mengundang kritikan mengenai perancangan kerajaan yang lemah.

Sementara itu, di utara India, sekurang-kurangnya 40 maut dan yang lain masih hilang dalam banjir kilat susulan hujan monsun melanda sejak tiga hari lalu.

Menurut kenyataan rasmi, tanah runtuh dan banjir di negeri Himalaya Himachal Pradesh sahaja mengorbankan sekurang-kurangnya 36 orang.

Himachal Pradesh dikenali dengan pemandangan indah dan gunung-ganang dengan puncak bersalji serta popular dalam kalangan pelancong.

Sekolah-sekolah ditutup di daerah-daerah paling teruk terjejas.

Menurut pakar, perubahan iklim meningkatkan jumlah insiden cuaca ekstrem di merata dunia. -AFP

Media Baharu