NEW DELHI, 9 Mac- Kerajaan India telah menambah pusat konservasi harimau menjadikannya sebanyak 58, menurut pegawai pada Ahad, lapor Xinhua.
Menurut Menteri Alam Sekitar, Hutan dan Perubahan Iklim India Bhupender Yadav pusat konservasi terbaharu yang disenaraikan ialah Pusat Konservasi Harimau Madhav di negeri Madhya Pradesh, tengah India.
Yadav berkata dalam satu kenyataan perkembangan itu merupakan bukti kepada usaha pegawai perhutanan yang berkhidmat tanpa mengenal penat lelah bagi tujuan pemuliharaan.
Pegawai memaklumkan bahawa Pusat Konservasi Harimau Madhav merupakan pusat pemuliharaan harimau kesembilan di Madhya Pradesh.
Perdana Menteri India Narendra Modi memuji langkah itu dan berkata: "Kita akan sentiasa berada di barisan hadapan dalam melindungi haiwan dan menyumbang kepada kelestarian planet ini".- BERNAMA-XINHUA