fb fb fb fb fb

Ketua pasukan petugas dadah jenayah terancang AS dipecat

Pengarah Pasukan Petugas Penguatkuasaan Dadah Jenayah Terancang, Adam Cohen dipecat oleh Timbalan Peguam Negara (DAG), Todd Blanche

WASHINGTON, 9 Mac- Ketua sebuah unit bebas dalam Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang memerangi jenayah terancang dan dadah dipecat pada Jumaat, menurut pegawai itu dalam hantaran di akaun media sosialnya, lapor Xinhua.

Adam Cohen, Pengarah Pasukan Petugas Penguatkuasaan Dadah Jenayah Terancang, memaklumkan di LinkedIn pada Sabtu yang beliau dipecat oleh Timbalan Peguam Negara (DAG) yang baharu disahkan, Todd Blanche, bekas peguam bela Presiden Donald Trump.

"Ia satu kejutan," katanya, sambil berkata beliau "bertemu dengan Pemangku DAG setiap Selasa malam (termasuk tiga hari sebelum ini) untuk membincangkan inisiatif penting berkaitan jenayah keganasan."

Pemecatan itu berlaku 18 jam selepas satu memorandum dikeluarkan dengan tandatangan DAG, yang menurut Cohen, "telah saya habiskan masa menyuntingnya hujung minggu lalu," dedahnya dalam hantaran itu.

Secara lazimnya, pegawai Jabatan Kehakiman yang berkhidmat secara profesional mengekalkan jawatan mereka merentasi pentadbiran presiden yang berbeza.- BERNAMA-XINHUA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE