fb fb fb fb fb

India sambut Hari Kemerdekaan yang ke-75

NEW DELHI, 16 Ogos- India menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-75.

Bangunan bersejarah Kubu Merah kali ini dipilih sebagai lokasi sambutan sekali gus menyaksikan sambutan yang berlangsung dihadiri ribuan pengunjung yang turut serta memeriahkan hari peristiwa tersebut.

Selain itu, upacara perarakan Hari Kemerdekaan yang diadakan, menambah seri majlis bermakna buat negara Asia Selatan itu.

21 das tembakan dilepaskan meriam buatan tempatan, pertama kali digunakan sejak strategi Barangan Buatan India diperkenal pentadbiran Perdana Menteri, Narendra Modi.

Pemimpin terbabit turut menyampaikan perutusan sempena hari bersejarah negara itu.

Dalam ucapannya, Modi mengingatkan rakyat agar menamatkan pemikiran dan perbuatan berunsur penjajah.

"India akan terus progresif dan menjadi negara maju. Pembangunan yang dilaksanakan adalah berasaskan rakyat. Rakyat menjadi keutamaan," kata Modi.

Beliau turut menegaskan prinsip India Pertama perlu dipopular dan diamalkan.

India memperoleh kemerdekaan daripada Britih pada tahun 1947.-AFP


(FOTO AFP)

 

Media Baharu