fb fb fb fb fb

Pihak berkuasa giat kenal pasti mangsa letupan pasar raya

(FOTO AFP)

YEREVAN, 16 Ogos- Letupan di sebuah pasar raya di Yerevan, Armenia meragut lima nyawa dan berbelas cedera dalam insiden terbabit.

Punca sebenar insiden masih dalam siasatan.

Pihak berkuasa bagaimanapun menafikan kejadian yang berlaku ada kaitan dengan aktiviti pengganas.

Menurut saksi, kejadian berlaku dengan amat pantas terjadi dalam tempoh sekitar seminit.

Impak letupan yang dahsyat mengakibatkan sebahagian daripada premis terbabit musnah sekali gus mengakibatkan puluhan pengunjung pasar raya terperangkap di sebalik runtuhan.

Usaha mencari dan menyelamat dipergiat.

Pasukan penyelamat bagaimanpaun tidak memiliki sebarang petunjuk mengenai jumlah mangsa yang masih hilang.-AFP


(Pihak bomba bergegas ke lokasi bagi memadamkan api kebakaran selain menjalankan
operasi menyelamat mangsa runtuhan secara serentak/AFP)

 

 

Media Baharu