fb fb fb fb fb

Vakisn COVID-19: Britain lulus vaksin Moderna yang diperbaharui

Foto Reuters

LONDON, 16 Ogos- Britain jadi negara pertama meluluskan vaksin moderna yang diperbaharui, disasarkan untuk perlindungan bagi virus asal dan varian Omicron.

Agensi kawal selia kesihatan dan perubatan Britain MHRA memaklumkan ia memberi lampu hijau untuk vaksin berkenaan, yang akan digunakan sebagai dos penggalak dewasa.


(Foto Reuters)

Keputusan agensi itu berdasarkan data percubaan klinikal yang menunjukkan penggalak itu mencetuskan tindak balas imun yang kuat" terhadap kedua-dua Omicron dan virus asal 2020.

Agensi itu memetik analisis penerokaan di mana vaksin itu juga didapati menjana tindak balas imun yang baik terhadap varian Omicron BA.4 dan BA.5 yang dominan pada masa ini.

Ketua Eksekutif MHRA June Raine berkata generasi pertama vaksin COVID-19 yang digunakan di UK terus memberikan perlindungan penting terhadap penyakit itu dan menyelamatkan nyawa. - REUTERS

Media Baharu