fb fb fb fb fb

Serangan udara paling buruk di Kiev, angka kematian cecah 31 orang

Foto Reuters

KIEV, 2 Ogos- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengecam serangan maut Rusia di Kiev yang disifatkannya sebagai “antara yang paling kejam” terhadap ibu negara itu, dalam ucapannya pada Jumaat.

Tambahnya, bangunan kediaman, premis perniagaan dan sebuah masjid turut rosak akibat serangan itu, sambil menegaskan tiada sebarang tujuan ketenteraan di sebalik serangan tersebut.

Rakaman video yang disiarkan bersama ucapan Zelenskyy menunjukkan sebuah bangunan rosak dan jentera berat di lokasi kejadian.

Reuters mengesahkan lokasi itu berdasarkan bangunan, kawasan hijau dan susun atur jalan yang sepadan dengan imej satelit dan rakaman fail, namun tarikh sebenar video itu dirakam tidak dapat disahkan secara bebas.

Pasukan penyelamat Ukraine menemukan lebih puluhan lagi mayat dari runtuhan sebuah pangsapuri yang musnah di Kiev pada malam sebelumnya, menjadikan angka korban serangan udara terburuk tahun ini di ibu negara kepada 31 orang.

Secara keseluruhan, 159 orang cedera dalam serangan bersiri itu, di mana Rusia melancarkan lebih 300 dron dan lapan peluru berpandu awal Khamis, serangan terbaharu dalam siri hentaman besar-besaran ke atas bandar-bandar Ukraine. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM