GENEVA, 16 Ogos- Virus cacar monyet diberi nama baharu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Tindakan itu dilaksana bagi mengelak tercetus masalah berkaitan budaya atau sosial.
Nama Clade I dinamakan untuk kumpulan varian bekas Lembangan Congo di Afrika Tengah manakala kumpulan varian bekas Afrika Tengah dikenali sebagai Clade II.
Nama baharu diputuskan WHO hasil persidangan sekumpulan pakar global dan ia digunakan serta-merta.
Menurut WHO, sebarang virus baharu, penyakit berkaitan dan varian virus perlu diberi nama bagi mengelakkannya menyentuh isu budaya, sosial, negara, wilayah, profesional atau kumpulan etnik.
Ia sekali gus meminimumkan kesan negatif terhadap perdagangan, pelancongan atau kebajikan haiwan.
Bulan lalu wabak cacar monyet diisytihar sebagai kecemasan kesihatan global.-AFP
(Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)/REUTERS)