NEW DELHI, 20 Oktober- India meminta rakyatnya mengelak perjalanan ke Ukraine berikutan keadaan keselamatan yang semakin merosot di negara itu yang kini berperang dengan Rusia sejak Februari.
"Memandangkan keadaan keselamatan yang semakin merosot susulan permusuhan yang semakin meluas di seluruh Ukraine, warga India dinasihatkan supaya tidak ke Ukraine."
"Pada masa yang sama warganegara India,termasuk pelajar yang kini berada di Ukraine dinasihatkan supaya segera meninggalkan Ukraine menggunakan apa sahaja cara yang ada," menurut kenyataan itu.
Peperangan antara Ukraine dan Rusia berlaku sejak Februari lalu / FOTO AFP
Kenyataan itu dikeluarkan apabila Presiden Rusia Vladimir Putin mengisytiharkan undang-undang tentera di wilayah Donetsk, Kherson, Luhansk, dan Zaporizhzhia, yang baru-baru ini keluar dari Ukraine dalam pungutan suara yang tidak diiktiraf, katanya. -AFP