BOGOTA, 20 Oktober- Seorang lelaki cedera dalam pertempuran antara polis dan orang asli komuniti Embera di ibu negara Columbia.
Rakaman video daripada saksi menunjukkan polis cuba mengangkat lelaki berkenaan yang berlumuran darah di bahagian muka.
Namun, tiada maklumat lanjut berhubung tahap kecederaan dan bagaimana lelaki itu cedera.
(Polis mengangkat seorang penunjuk perasaan yang cedera / Foto REUTERS)
Orang asli Embera yang dipindahkan akibat konflik bersenjata di Colombia mengadakan bantahan bagi menuntut perhatian dan memperbaiki keadaan hidup mereka.
Menurut pihak berkuasa tempatan, sekurang-kurangnya 24 orang cedera dalam pertempuran itu, termasuk 11 pegawai polis.-REUTERS