fb fb fb fb fb

India lancar BlueBird Block-2

Kejayaan memberi rangsangan kepada program angkasa lepas India / Foto REUTERS

NEW DELHI, 24 Disember - Agensi angkasa lepas India melancarkan satelit komunikasi generasi baharu Amerika Syarikat, BlueBird Block-2 menggunakan roket LVM3-M6.

Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India, (ISRO) memaklumkan satelit itu merupakan muatan paling berat pernah ditempatkan ke orbit rendah Bumi (LEO) oleh roket LVM3 dari India iaitu seberat 6,100 kilogram.

Perdana Menteri, Narendra Modi menyifatkan kejayaan itu memberi rangsangan kepada program angkasa lepas India dengan perancangan bagi misi orbit tanpa kru serta penerbangan angkasa lepas berawak pertama pada 2027.

"Misi ini merupakan misi komersial khas yang disifatkan sebagai 'satelit komunikasi komersial terbesar yang pernah ditempatkan di orbit rendah bumi,"katanya.

Modi turut mengumumkan rancangan untuk menghantar seorang angkasawan ke bulan menjelang 2040.-AFP

FAUZIAH ABD RAHMAN