ANKARA, 24 Disember - Bangkai jet peribadi yang membawa lima penumpang termasuk Ketua Turus Am Angkatan Tentera Libya, Jeneral Mohamed Ali Ahmed Al-Haddad ditemukan kira-kira dua kilometer di selatan Kampung Kesikkavak, Haymana.
Menteri Kehakiman Turkiye, Yilmaz Tunc memaklumkan pihak pendakwa raya telah menjalankan siasatan berhubung nahas berkenaan.
"Perkembangan lanjut mengenai nahas akan dilaporkan dari semasa ke semasa,"katanya.
Jet perniagaan jenis Falcon 50 itu berlepas dari Lapangan Terbang Esenboga, Ankara ke Tripoli dilapor telah memohon pendaratan kecemasan akibat kegagalan elektrik sebelum terhempas.
Isyarat pendaratan kecemasan turut dihantar berhampiran Haymana, namun tiada komunikasi lanjut selepas itu.
Sementara itu, Perdana Menteri Libya, Abdulhamid Dbeibah menerusi laman Facebook menyatakan dukacita dengan kejadian itu.
Pada Selasa, Haddad mengadakan perbincangan di Ankara bersama Menteri Pertahanan Turkiye, Yasar Guler serta rakan sejawatannya dari Turkiye, Selcuk Bayraktaroglu.-AFP