fb fb fb fb fb

Imran Khan beri masa enam hari kerajaan baharu umumkan tarikh pilihan raya

ISLAMABAD, 27 Mei- Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan memberi tempoh enam hari kepada pemerintah negara itu untuk mengumumkan tarikh pilihan raya baharu.

Ini setelah beliau membatalkan bantahannya di Islamabad menyusuli pertempuran antara polis dan penyokongnya.

Sebelum itu, pemerintah Pakistan meminta bantuan tentera untuk melindungi bangunan-bangunan penting yang terletak di zon selamat di Islamabad, lokasi penyokong Imran berkumpul.

(Foto fail /AFP)

Ketua Parti Tehreek-e-Insaf itu berkata, beliau mahu mengelak konfrontasi dengan polis dan pasukan keselamatan.

Imran juga memberitahu beliau sedia kembali ke Islamabad jika pemerintah tidak mengumumkan tarikh pilihan raya baharu dalam tempoh dimintanya.

Dalam kekecohan dan keganasan di Karachi dan dua lokasi lain Rabu lalu menyebabkan lima pekerja parti terbunuh. -AFP

Media Baharu