fb fb fb fb fb

Import eksport provinsi Guangdong dengan negara RCEP cecah RMB1.13 trilion

BEIJING, 26 Ogos- Jumlah import eksport antara provinsi Guangdong China dengan negara penandatangan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada setengah pertama 2022 mencatat RMB1.13 trilion (RM7.373 bilion).

Menurut Naib Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Kastam China Cawangan Guangdong, Wen Zhencai pada Rabu, angka berkenaan mewakili 28.8 peratus daripada jumlah seluruh perdagangan luar provinsi itu.

Beliau memaklumkan jumlah eksport sahaja mencecah RMB530.13 bilion (RM345.91 bilion), meningkat 8.7 peratus, iaitu 1.4 peratus lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan eksport seluruh provinsi itu.


(Foto hiasan)

“Jumlah permohonan sijil tempat asal perusahaan eksport Guangdong dalam kerangka RCEP mencapai 31,900 naskhah, dengan nilainya melebihi RMB8.79 bilion (RM5.74 bilion),” kata Wen.

Presiden Dewan China untuk Promosi Perdagangan Antarabangsa (CCPIT) Cawangan Guangdong, Fang Lixu pula berkata ASEAN tetap menjadi destinasi utama untuk eksport.

Dimaklumkan, pada tahun lalu sahaja pelaburan Guangdong ke ASEAN melibatkan 88 projek bernilai USD500 juta (RM2.24 bilion), iaitu peningkatan lebih 10 peratus.

Pada masa depan, CCPIT Cawangan Guangdong akan terus mendorong pelaksanaan RCEP, membantu sektor korporat provinsi itu meningkatkan penyelarasan dalam penggunaan sumber dan memupuk dominasi berdasarkan dividen yang tercapai, bagi mewujudkan pembangunan berkualiti serta bertaraf tinggi.- BERNAMA

Media Baharu