fb fb fb fb fb

Makanan popular Malaysia jadi rebutan di China

 (Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin, Duta Besar Malaysia ke China sempena 
'Malaysia Truly Asia Festival 2022 Food Week')

BEIJING, 27 Ogos- Nasi lemak, durian dan sate antara makanan popular Malaysia yang menjadi 'rebutan' rakyat China khususnya di Beijing dan komuniti kedutaan pada 'Malaysia Truly Asia Festival 2022 Food Week' yang berlangsung sehingga Selasa ini.

Duta Besar Malaysia ke China Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin berkata, "ia merupakan jendela untuk rakyat China mengenali Malaysia dengan lebih dekat terutama daripada aspek makanan."

Kira-kira 200 tetamu menghadiri program itu dengan lebih 50 aneka makanan dan kuih-muih tradisi Malaysia dihidang secara bufet.

Beliau turut menambah, "Kita mahu mereka rasa keaslian makanan Malaysia, jadi mereka boleh menjadikan Malaysia sebagai lokasi pelancongan pilihan setelah sempadan China dibuka sepenuhnya."

Antara menu lain yang turut dihidangkan sepanjang minggu makanan berkenaan ialah nasi tomato, nasi ayam Ipoh, rendang daging, roti jala, roti canai, ais kacang, kuih ketayap, kuih seri muka dan kuetiau goreng.

Minggu makanan berkenaan merupakan sebahagian daripada program Malaysia Truly Asia Festival 2022.

Ia anjuran Kedutaan Malaysia di China, Tourism Malaysia dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia (MAYCHAM) di China bermula 15 hingga 31 Ogos bersempena Hari Kebangsaan.

Selain minggu makanan, Pameran Seni Peranakan serta Forum Kesihatan dan Nutrisi Minyak Sawit ke-17 turut diadakan.

Majlis resepsi bersempena Hari Kebangsaan pula akan diadakan pada 31 Ogos ini. -BERNAMA

(Foto hiasan)

 

 

 

Media Baharu