fb fb fb fb fb

Sejuta individu meninggal dunia akibat COVID-19

(Seorang juruteknologi makmal bekerja di fasiliti ujian Covid-19 di
Lianyungang di wilayah Jiangsu timur China/AFP)

GENEVA, 27 Ogos- Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO memaklumkan akibat pandemik COVID-19, sejuta individu meninggal dunia, tahun ini.

Walaupun dunia dilengkapi peralatan mencegah kematian akibat wabak, angka itu disifatkan sebagai bencana tragis.

WHO juga mengumumkan hampir 6.45 juta korban sejak pandemik mula dikesan pada akhir 2019, di China.

Justeru, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menyuarakan kebimbangan dengan perkembangan berkenaan.

Beliau turut menyatakan kebimbangan dan, "meminta semua negara memperkukuh usaha mereka untuk pemberian vaksin kepada semua pekerja kesihatan, warga emas dan golongan berisiko tinggi, dalam perjalanan ke 70% perlindungan vaksin untuk seluruh penduduk."

Keperluan itu dalam usaha mencapai sasaran 70% populasi semua negara, divaksinasi.

Tetapi 136 buah negara gagal mencapai sasaran, yang mana 66 daripadanya berada di bawah 40% individu yang divaksin.

Bagaimanapun, akibat krisis kemanusiaan hanya 10 negara mencatatkan kadar vaksinasi kurang 10% daripada populasi. -AFP

(Seorang juruteknologi makmal sedang melakukan ujian Covid-19 di wilayah Jiangsu timur China/AFP

 

Media Baharu