fb fb fb fb fb

Pelitup muka tidak diwajibkan di masjid - MUIS

(Tangkap layar facebook Majlis Ugama Islam Singapura)

SINGAPURA, 27 Ogos- Jemaah di Singapura tidak lagi diwajibkan memakai pelitup muka di dalam masjid bermula Isnin depan.

Ia sama ada sewaktu menunaikan solat atau menyertai kegiatan-kegiatan di dalam masjid.

Langkah tersebut yang diumumkan Majlis Ugama Islam Singapura, MUIS menerusi satu perkongsian di laman facebook.

Selaras dengan pelonggaran langkah pengurusan selamat seluruh negara itu mulai 29 Ogos.

MUIS turut menekankan bahawa masjid akan terus mengekalkan amalan kebersihan dengan melakukan pembasmian kuman secara kerap.

Meskipun pemakaian pelitup tidak lagi diwajibkan, MUIS berharap masyarakat akan terus mengamalkan kebersihan diri yang baik.

Para jemaah juga digalakkan membawa sejadah sendiri serta telekung bagi mendirikan solat di masjid republik itu.

(Tangkap layar pemberitahuan pengurusan masjid oleh Majlis Ugama Islam Singapura)

Media Baharu