fb fb fb fb fb

Harga Sony PS5 naik di beberapa pasaran terpilih

(Foto hiasan)

TOKYO, 27 Ogos- Sony akan menaikkan harga runcit konsol permainan video PlayStation 5 di beberapa pasaran terpilih susulan perkembangan ekonomi global seperti inflasi.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan.

Menurut laporan agensi Anadolu, pihak Sony terpaksa mengambil langkah kenaikan harga kerana "kadar inflasi global yang tinggi serta aliran mata wang yang buruk."

Ryan juga menjelaskan aliran mata wang yang rendah, memberi kesan kepada pengguna dan mewujudkan tekanan terhadap pelbagai industri terlibat.

"Berdasarkan keadaan ekonomi yang mencabar ini, SIE telah membuat keputusan sukar untuk menaikkan harga runcit yang disyorkan PlayStation 5 di pasaran terpilih," jelas Ryan dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun Ryan memaklumkan kenaikan harga hanya akan dikenakan di pasaran terpilih di seluruh Eropah, Asia Barat dan Afrika, Asia-Pasifik, Amerika Latin dan Kanada.

Sementara itu, di Amerika Syarikat tiada peningkatan harga runcit yang berlaku. -AFP

(Foto hiasan)

Media Baharu