fb fb fb fb fb

Kerja alih serpihan nuklear Fukushima, ditangguhkan

(Loji tenaga nuklear Fukushima Daini di bandar Naraha, Fukushima, Jepun/REUTERS)

TOKYO, 26 Ogos- Kerja mengalih serpihan nuklear dari stesen janakuasa Fukushima yang musnah dalam kejadian Tsunami di Jepun pada 2011, ditangguhkan lagi.

Menurut operator loji, Tokyo Electric Power Co (TEPCO), ia memerlukan tempoh penyediaan tambahan sehingga 18 bulan bagi memastikan tahap keselamatan yang memuaskan.

Kerja pembersihan serpihan radioaktif akan dimulakan selewat-lewatnya pada Mac 2024.

TEPCO dalam satu kenyataan berkata ini adalah perlu untuk meningkatkan keselamatan dan memastikan kejayaannya.

"Jangka masa telah diselaraskan supaya kerja akan dimulakan pada separuh kedua fiskal 2023," yang berakhir Mac 2024, katanya.

"Jurutera sedang memperhalusi robot yang direka khas bagi tujuan tersebut, ini termasuk melaras kelajuan dan ketepatannya", kata TEPCO.

Tragedi Tsunami pada 11 Mac 2011 menyebabkan kemusnahan loji nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun dan merupakan bencana nuklear paling mengerikan di dunia, selepas Chernobyl.-AFP


(Foto hiasan)

Media Baharu