MEXICO CITY, 19 September – Jumlah kematian akibat insiden letupan lori gas di Mexico City minggu lalu meningkat kepada 21 orang, selepas dua lagi mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami, menurut pihak berkuasa tempatan.
Lori berkenaan dilaporkan membawa hampir 50,000 liter bahan api sebelum terbabas dan meletup ketika melalui kawasan Iztapalapa, di bahagian timur bandar raya tersebut.
Setakat ini, seramai 27 mangsa masih menerima rawatan di hospital akibat kecederaan yang dialami.
Siasatan awal mendapati tangki lori tersebut pecah semasa kemalangan, menyebabkan gas bocor dan kemudiannya terbakar, mengakibatkan letupan besar.
Pegawai penyiasat memaklumkan, insiden berkenaan dipercayai berpunca daripada pemanduan laju.
Dalam pada itu, Datuk Bandar Mexico City, Clara Brugada, berkata pentadbirannya akan memperkenalkan peraturan baharu bagi mengawal pergerakan lori bahan api di bandar yang mempunyai populasi lebih 9.2 juta penduduk, sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan tragedi seumpama ini daripada berulang.-AFP