fb fb fb fb fb

Kematian akibat Amoeba ‘Pemakan Otak’ meningkat di Kerala

Foto AFP

NEW DELHI, 18 September – Pihak berkuasa kesihatan India mengeluarkan amaran kesihatan di negeri selatan Kerala selepas kes jangkitan dan kematian akibat amoeba dikenali sebagai Naegleria fowleri, atau "amoeba pemakan otak" meningkat.

Menurut Dr. Altaf Ali, sebanyak 72 jangkitan dan 19 kematian direkodkan setakat tahun ini, termasuk 24 kes dan 9 kematian hanya dalam bulan September.

Ia peningkatan hampir dua kali ganda berbanding tahun lalu yang mencatatkan 36 kes dan 9 kematian.

“Ujian sedang dijalankan secara besar-besaran di seluruh negeri bagi mengesan dan merawat kes,

“Yang lebih membimbangkan, kes tahun ini tidak lagi tertumpu di kawasan tertentu, sebaliknya tersebar di seluruh negeri,” ujar Dr. Ali.

Naegleria fowleri ialah amoeba yang hidup dalam air suam seperti tasik dan sungai.

Ia boleh menjangkiti manusia apabila air tercemar memasuki hidung, lalu bergerak ke otak dan memusnahkan tisu otak namun tidak berjangkit.

Sejak 1962, hampir 500 kes jangkitan amoeba ini telah dilaporkan di seluruh dunia, dengan majoritinya berlaku di Amerika Syarikat, India, Pakistan dan Australia.

Meskipun jangkitan ini sangat jarang berlaku, ia mampu membawa maut.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN