fb fb fb fb fb

IMF lulus pinjaman segera AS$1.1 bilion kepada Pakistan

FOTO REUTERS

ISLAMABAD, 29 April- Lembaga Eksekutif Tabung Kewangan Antarabangsa meluluskan pembiayaan segera berjumlah AS$1.1 bilion untuk Pakistan pada Isnin.

Pembiayaan itu adalah peringkat kedua dan terakhir daripada perjanjian bernilai AS$3 bilion dengan IMF, yang Islamabad perolehi pada musim panas lalu.

Kelulusan itu dibuat sehari selepas Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif mnegadakan perbincangan mengenai program pinjaman baharu dengan Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva di luar Forum Ekonomi Dunia di Riyadh.

Terdahulu, Islamabad dilaporkan sedang mencari pinjaman lanjutan jangka panjang baharu yang lebih besar selepas pengaturan semasa tamat bulan ini.

Menteri Kewangan Pakistan, Muhammad Aurangzeb, berkata Islamabad boleh mendapatkan perjanjian mengenai program baharu itu pada awal Julai.

Islamabad berkata ia sedang mendapatkan pinjaman selama sekurang-kurangnya tiga tahun untuk membantu mencapai kestabilan makroekonomi dan melaksana penstrukturan yang telah lama tertunggak.

Aurangzeb enggan memberikan butiran mengenai jumlah pinjaman yang dirancang oleh negara itu.

Islamabad masih belum membuat permintaan rasmi, tetapi IMF dan kerajaan sudah pun berbincang.

Jika berjaya, ia akan menjadi penyelamat ke-24 Pakistan dari IMF.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE