fb fb fb fb fb

Gunung Ruang meletus kembali

Gunung berapi Ruang / Foto Reuters

MANADO, 30 April -Gunung berapi Ruang dilaporkan kembali memuntahkan lahar beberapa kali pada Selasa.

Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) negara itu berkata tahap amaran kepada paras tertinggi dinaikkan susulan letusan berkenaan.

Berikutan aktiviti terbaharu itu, ratusan penduduk telah dipindahkan termasuk penutupan lapangan terbang.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa ancaman dari gunung berapi tersebut belum lagi berakhir memandangkan ia telah memuntahkan lahar lebih daripada 12 kali bulan ini yang menyebabkan lebih dari 6,000 penduduk terpaksa dipindahkan.

Gunung berapi Ruang yang terletak diutara Sulawesei meletus sekitar pukul 1.15 waktu tempatan dan kembali meletus sebanyak dua kali pada pagi Selasa, kata Pusat Vukanologi dalam kenyataan.

Gunung berapi berkenaan memuntahkan abu sejauh kira-kira lima kilometer, kata pusat berkenaan lagi.

Agensi itu juga menguatkuasakan semula zon pengecualian sepanjang enam kilometer (3.7 batu) dan berkata penduduk tempatan harus berwaspada tentang potensi awan panas dan tsunami akibat bahan letusan yang memasuki lautan.

Letusan terbaharu itu turut mendorong pihak berkuasa untuk menutup semula lapangan terbang antarabangsa Sam Ratulangi di ibu kota wilayah Manado, menerusi notis daripada penyedia kawalan trafik udara milik kerajaan, AirNav Indonesia.

Indonesia kerap mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi memandangkan kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD