fb fb fb fb fb

Genosid di Gaza: Mahkamah Dunia bakal kemukakan keputusan

Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Israel di hadapan Bangunan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) /Foto Reuters

THE HAGUE, 30 April - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Selasa akan memutuskan tuduhan yang dikemukakan Nicaragua terhadap Jerman yang didakwa mencabuli Konvensyen Genosid 1948 dengan membekalkan senjata kepada Israel untuk perang Gaza.

Nicaragua telah mengheret Jerman ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), menuntut agar Berlin dikenakan langkah kecemasan bagi menghalang pembekalan senjata dan lain-lain bantuan kepada Israel.

Lebih daripada 34,000 penduduk terkorban di Wilayah Palestin sejak perang yang bermula Oktober 2023.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dijangka mengeluarkan keputusan pada pukul 3.00 petang (waktu tempatan).

Nicaragua menyasarkan Jerman dan bukannya sekutu utama Israel, Amerika Syarikat, kerana Washington tidak mengiktiraf bidang kuasa ICJ dalam kes itu, kata peguam Managua.

Nicaragua meminta lima langkah kecemasan iaitu termasuk Jerman "segera menangguhkan bantuannya kepada Israel, khususnya bantuan ketenteraannya termasuk peralatan ketenteraan.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD