BOGOTA, 30 April- Sembilan tentera Columbia maut, semalam, apabila helikopter mereka terhempas di jabatan Bolivar utara, di mana lokasi tentera sedang memerangi kartel kokain terbesar, kata pihak berkuasa.
Presiden, Gustavo Petro menerusi X memaklumkan nahas berlaku ketika helikopter itu menghantar tentera baharu untuk operasi menentang Klan Teluk.
Petro mahupun tentera tidak menyebut punca nahas helikopter Mi-17 buatan Russia atau sama ada Klan, dengan kira-kira 4,000 pejuang bersenjata, mempunyai kaitan dengannya.
Menurut tentera, tiada yang terselamat. - AFP