NAKHON PATHOM,14 Januari- Seekor ikan tilapia dengan bibir bengkak seperti melakukan suntikan kecantikan atau 'filler' mengejutkan nelayan tempatan yang menemui ikan tersebut di sini dekat Thailand pada 9 Januari lalu.
Mereka mengatakan penampilan ikan itu mengingatkan mereka kepada selebriti terkenal, Kim Kardashian yang sinonim dengan bibir penuh.
"Sangat mengelirukan kerana kami tidak pernah melihat ikan seperti ini sebelum ini. Kami memutuskan untuk melepaskannya kembali ke dalam air," kata seorang nelayan.
Fenomena bibir bengkak pada ikan tersebut dipercayai disebabkan oleh kualiti air yang buruk termasuk paras amonia atau nitrit tinggi.
Keadaaan itu sekali gus boleh menyebabkan stres dan meningkatkan kecenderungan terhadap jangkitan serta kelainan fizikal kepada hidupan akuatik. -Reuters