GENEVA, 15 Januari- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan wabak disyaki Penyakit Virus Marburg (MVD) meragut lapan nyawa di wilayah Kagera di Tanzania.
Amaran diberikan berhubung penularan virus berkenaan di negara dan wilayah itu sebagai 'tinggi'.
Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada negara anggotanya pada Isnin.
"Kami menyedari sembilan kes setakat ini, termasuk lapan indvidu telah meninggal dunia. Kami menjangkakan kes akan bertambah dalam beberapa hari akan datang apabila pengawasan penyakit bertambah baik," menurut hantaran Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi X.
"WHO menawarkan bantuan penuh kepada kerajaan Tanzania, dan kepada komuniti terjejas."
Pengumuman itu dibuat kurang sebulan selepas WHO mengisytiharkan wabak Marburg berikutan virus berkenaan telah mengorbankan 15 individu di Rwanda.
Faktor pembawa Marburg ialah kelawar buah yang tergolong dalam keluarga virus sama seperti Ebola.
WHO turut menjangkakan kadar kematian boleh mencecah hampir 90 peratus. Demam Marburg sering disertai dengan pendarahan dan kegagalan organ.
Wilayah Kagera mengalami wabak Marburg pertama pada Mac 2023 sebelum berlarutan selama hampir dua bulan dengan sembilan kes termasuk enam kematian, kata WHO.
Agensi itu menegaskan "ia kawasan Zoonosis (penyakit haiwan yang boleh menular kepada manusia) seperti kelawar buah namun kawasan berkenaan dalam status endemik (penyakit yang sentiasa terdapat pada orang atau daerah tertentu)."
WHO berkata ia menilai risiko di peringkat kebangsaan sebagai "tinggi" disebabkan beberapa faktor membimbangkan.
Perkara itu termasuk kadar kematian yang merekodkan 89 peratus (kategori tinggi), namun "sumber wabak pada masa ini tidak diketahui" dan kes telah dilaporkan dari dua daerah. Penyebaran itu mungkin disebabkan faktor "geografi".
"Pengesanan dan pengasingan kes ditangguhkan, ditambah dengan pengesanan kontak rapat berterusan" menunjukkan kekurangan "maklumat penuh" mengenai wabak itu, katanya.
Agensi kesihatan PBB juga menganggarkan risiko serantau sebagai "tinggi", disebabkan "lokasi strategik Kagera sebagai hab transit penduduk merentas sempadan ke Rwanda, Uganda, Burundi dan Republik Demokratik Congo".
Dilaporkan, beberapa kes disyaki berada di daerah berhampiran sempadan antarabangsa, katanya, "menonjolkan potensi untuk merebak ke negara jiran".
"Kami mengesyorkan negara jiran berwaspada dan bersedia untuk menguruskan kes berpotensi. Kami tidak mengesyorkan sekatan perjalanan atau perdagangan dengan Tanzania pada masa ini," kata Tedros lagi.
WHO menegaskan bahawa Marburg tidak mudah merebak, dan biasanya memerlukan sentuhan dengan cecair badan pesakit yang sakit dengan gejala ketara.
"Bagaimanapun, tidak boleh dikecualikan bahawa seseorang yang terdedah kepada virus itu mungkin dibawa oleh individu yang terdedah," katanya.
Risiko global ketika ini dialporkan sebagai "rendah", menunjukkan bahawa tiada pengesahan penyebaran antarabangsa pada peringkat ini, tetapi WHO menekankan keperluan untuk pengawasan.- AFP