fb fb fb fb fb

ICRC komited lindungi orang awam daripada konflik sempena ulang tahun ke-160 tahun

(FOTO REUTERS)

GENEVA, 20 Februari-Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menjelaskan lebih banyak perkara perlu dilakukan untuk melindungi orang awam daripada konflik.

Badan itu menyambut ulang tahun ke-160 penubuhannya pada Jumaat, 17 Februari.

Selepas 160 tahun, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah memaklumkan dunia telah mencapai kemajuan sebenar dalam mengurangkan bahaya terhadap orang awam di medan perang.

Presiden ICRC Mirjana Spoljaric menyatakan penderitaan akibat konflik terus wujud, bermakna masih banyak yang perlu dilakukan.

Spoljaric menekankan bahawa pematuhan undang-undang kemanusiaan antarabangsa telah, dan akan terus menjadi satu-satunya cara untuk memelihara nilai kemanusiaan semasa konflik.

Tambahnya, undang-undang jenayah perang mesti menjadi keutamaan politik.

ICRC telah bekerja di 100 negara dengan tenaga kerja melebihi 21,000 orang.

Menurut kenyataan itu, ICRC, bersama rakan-rakannya dalam Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa akan meneruskan tugasnya.

Organisasi itu kekal neutral, tidak berat sebelah dan aktiviti kemanusiaannya difahami oleh semua, meskipun senjata dan teknologi baharu terus diperkenalkan.

ICRC akan sentiasa memihak kepada kemanusiaan, terus menyokong dan mendesak agar undang-undang kemanusiaan antarabangsa terus dihormati, melarang keganasan terhadap mereka yang tidak terlibat dalam konflik bersenjata-BERNAMA

(Gambar Hiasan/ REUTERS)

Media Baharu