fb fb fb fb fb

ICRC gesa bantuan kemanusiaan ke Gaza tidak dipolitikkan

Seorang kanak-kanak Palestin di kem pelarian Nuseirat, Gaza pada 5 Mei lalu/AFP

GENEVA, 6 Mei- Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) mengesa bantuan kemanusiaan ke Gaza disalurkan segera tanpa sebarang unsur politik.

Jurucakapnya Christian Cardon berkata keperluan orang awam di Gaza kini amat mendesak dan bantuan perlu dibenarkan masuk serta-merta.

"Bantuan kemanusiaan tidak seharusnya dipolitikkan. Israel mempunyai tanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa untuk memastikan keperluan asas penduduk yang dikawalnya dipenuhi," tegas beliau.

Menurut Cardon, pihaknya mengagihkan bantuan secara langsung atau bersama rakan kerjasama dan mengetahui ke mana bantuan itu disalurkan.

"ICRC mengurus dan mengagihkan bekalan bantuan secara langsung atau bersama rakan kerjasama kami, jadi kami tahu ke mana barangan itu disalurkan," tambahnya.

Justeru itu, ICRC menyeru semua pihak menyediakan persekitaran selamat bagi memastikan operasi kemanusiaan dapat dijalankan tanpa halangan.

"Kami akui isu keselamatan, namun proses penghantaran bantuan perlu dipercepatkan demi menyelamatkan nyawa penduduk Gaza," kata Cardon. -AFP

SITI AISHAH MD ISA